CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Segala ilmu, kemahiran dan pengalaman adalah kurniaan Allah untuk dimanfaatkan kepada orang lain. Kata Nabi: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling bermanfaat untuk manusia”

Ahad, 29 Mei 2011

panduan guru membina hasil pembelajaran

 6 arasTaksonomi Bloom untuk menghasilkan hasil pembelajaran :
  • Pengetahuan-Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:Menyenaraikan prinsip rekaan dalam seni.
  • Kefahaman-Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:Merumuskan apa yang diajar oleh guru.
  • Aplikasi- Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:Menyediakan bahan-bahan asas dalam menghasilkan sesebuah catan.
  • Analisis- Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:Menghubungkait secara teori dan praktikal.
  • Sintesis- Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:Mereka cipta sesuatu produk/karya.
  • penilaian-Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:Mengkritik karya-karya yang dihasilkan.

Selasa, 24 Mei 2011

Renungan Bersama..

♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*'*¸.•'´¯) ¸.•'´ ¯)♥♥
✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿


♥* Yaa Allah..

berilah kami kemurahan,kemudahan dan kelapangan hidup..
~>> jika semua pinta dan nazar kami masih mengantung di langit-Mu..
turunkanlah kpd kami..
~>> jika masih terbenam di dasar laut..
munculkanlah ke permukaan..
dan..
~>> jika masih tersimpan di dasar bumi..
keluarkanlah..
munculkanlah dari segala penjuru mata angin-MU..
dgn kemahaan-MU..

♥* Wahai Yaa Rahman Yaa Rahim..
dan jadikan kami Hamba-Mu yg mensyukuri nikmat-Mu...
Amin..yaa Rabb..:D:D:D:D

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW...

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

doa supaya mudah lekat pelajaran yang dipelajari

"ya allah kurniakanlah kami kefahaman para nabi, dan hafalan para rasul,dan mendapat ilham malaikat yang dekat dengan mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai yang amat mengasihani" AMIN...

.: teknik pembelajaran bahasa arab

.: teknik pembelajaran bahasa arab: "Harus difahami bahawa mempelajari bahasa Arab jauh sekali perbezaannya dengan mempelajari bahasa Inggeris.Salah satu elemen yang penting u..."

Pelajari Bahasa Arab Dan Ajarkan Kepada Manusia

  • Tambahkan perbendaharaan kata yang baru sekurang-kurangnya 5 perkataan setiap hari.
  • tanamkan tabiat suka membaca sebarang artikel dalam bahsa arab.
  • tonton dan dengarkan rancangan-rancangan telivisyen dalam bahasa arab.
  • beranikan diri menggunakan kata-kata bahasa arab yang mudah dalam:
(a) percakapan:sesama kawan dan juga guru yang faham bahasa arab
(b) penulisan:pesanan ringkas kepada kawan dan catatan didalam dairi


(,") KATA KUNCI NYA ADALAH:DIPRAKTIKAN DAN AMALKAN (,")

IQRA' ..bacalah....

If you are harmed by the heat of the summer
And the dryness of autumn and the coldness of winter
And you are distracted by the beauty of sprintime
Then tell me: when will you seek knowledge?
(Imām Aḥmad ibn Fāris al-Rāzī)

teknik pembelajaran bahasa arab

Harus difahami bahawa mempelajari bahasa Arab jauh sekali perbezaannya dengan mempelajari bahasa Inggeris.Salah satu elemen yang penting untuk menguasai sesuatu bahasa itu ialah kemampuan bagaimana untuk berfikir dalam bahasa tersebut.

Antara beberapa kaedah yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab ialah :

1. Kaedah Tematik. (Tariqah Al Maudu’iyah)

Kaedah tematik bermaksud proses sesuatu pengajaran itu adalah berasaskan satu idea besar sebagai tema sebelum dikembangkan kepada beberapa langkah kecil.Contohnya, dalam minggu pembelajaran tersebut, tema utama yang dipilih ialah berkaitan keluarga. Dalam satu slot pengajaran , ia boleh dipelbagaikan seperti nama anggota keluarga, aktiviti keluarga, perbualan bersama keluarga dan sebagainya.Bagi satu tajuk seperti keluarga ini, semua cabang pembelajaran Bahasa Arab boleh dipraktikkan melaluinya samada dari segi nahu (tatabahasa), maqal (penulisan) atau muthola’ah.
 
Di samping itu ia juga boleh dikaitkan dengan kaedah-kaedah lain seperti perbualan dalam situasi keluarga atau rakan sebaya di sekolah.


2. Kaedah Mengeja (Tariqah Al Imla’iyah)

Kaedah ejaan atau imla’i ini berdasarkan catatan sejarah adalah bentuk penyebaran ilmu yang paling penting.kaeddah ini berlaku sesudah kertas dan tulisan dihasilkan.Ia merupakan kaedah kedua selepas kaedah hafalan yang dia amalkan dalam perkembangan ilmu dalam sejarah umat Islam.Berdasarkan kaedah ini, murid akan menulis setiap kalimah dan ayat yang diungkapkan oleh guru mereka.

Dalam sejarah Islam, kaedah ini berkait rapat dengan ijtihad para ulama. Para ulama meyampaikan pandangan dan ijtihad mereka dan disalin oleh murid-masing-masing. Proses ini agak merosot menjelang abad ke-4 hijrah disebabkan merosotnya gerakan ijtihad para ulama. Tempoh itu seiap mazhab hanya bersandar kepada bahan bacaan dan rujukan mazhab masing-masing atau melakukan ilhaq berdasakan kefahaman dan pandangan mazhab mereka.
Menjelang abad ke 9 hijrah Imam Ibnu Hajar kembali mengembangkan kaedah ini dengan mengadakan muhadarat atau kuliah beliau dalam hampir 1000 majlis dan seterusnya diikuti oleh Imam As Suyuthi dan Syeikh Murtadha al Zubaidy


3. Kaedah soal jawab (Tariqah Al Munazharah)

Kaedah soal jawab ini amat sesuai dan praktikal dalam konteks pembelajaran bahasa. Ini kerana dalan kaedah ini proses pembelajaran berlangsung dengan semua pihak memainkan peranan termasuk guru dan murid, Bermula dengan penyediaan teks perbualan yang mudah seperti ucapan aluan, terima kasih, bertanya nama atau bertanya khabar. Frasa-frasa ringkas ini mudah untuk diingat dan sesuai untuk dipraktikkan di luar bilik darjah sebagai pengayaan.
Walau bagaimanapun , setiap murid perlu memahami maksud setiap frasa bagi menyesuaikan dengan konteks perbualan dan kesesuaian penggunaannya.

4. Kaedah Latih Tubi (Tariqah al Mulazamah)

Kaedah latih tubi ini juga adalah bersesuaian dengan bentuk pembelajaran bahasa kerana kemahiran berbahasa perlu kepada proses mengulangi apa yang diperlajari, disebut atau ditulis.Di dalam Islam, kaedah ini antara bentuk pengajaran yang awal di mana Malaikat Jibril menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad dengan mengulangi kalimah Iqra beberapa kali sehinggalah Nabi Muhammad dapat menyebutnya.

Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam pengajaran berbentuk latih tubi ini. Ia amat baik terutamanya bagu tujuan meningkatkan kemahiran lisan dan kemahiran membaca. Kaedah pembelajaran al Quran secara tradisional lazimnya menggunakan kaedah ini sejak zaman berzaman dan ia amat berkesan untuk jangka masa yang panjang di samping mengukuhkan penguiasaan tajwid dan dalam kontek bahasa Arab ia penting dalam menjelaskan aspek nahu secara terperinci mengikut tahap pembelajaran.

5. Kaedah Perbandingan (al Qiyasiyah)


Kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan prinsip asas dan umum sebelum di huaraikan dengan contoh-contoh serta perincian yang mendalam. Kaedah ini adalah kaedah lazim yang diguna pakai dalam sistem pembelajaran moden. Sebagai contoh kaedah ini boleh diterapkan dalam pengajaran kaedah tatabahasa.Guru akan menjelaskan tajuk pelajaran dan kaedah seperti hukum Jamak Taksir.Sesudah memberi penjelasan berkenaan sifat jamak taksir dan bagaimana mengenalnya berdasarkan beberapa contoh, maka guru akan memberikan contoh tambahan untuk memudahkan murid dalam menghadapi latihan susulan.

6. Kaedah Induktif

Kaedah adalah berlawanan dengan kaedah perbandingan. Melalui kaedah ini , para pelajar didedahkan dengan pelbagai contoh dan situasi serta penghuraian sebelum pergi menuju konklusi dan kesimpulan atau merujuk sesuatu hukum.
Kaedah ini dapat mengalakkan murid untuk membuat kesimpulan dan rumusan sendiri sebelum dibandingkan dengan kesimpulan umum yang ditetapkan oleh guru.Kaedah ini banyak membantu murid untuk berfikir, merenung, menganalisa, dan berlatih membina kesimpulan dan prinsip. Contohnya dalam konteks pembelajaran bahasa Arab, kaedah ini turut sesuai dipraktikkan dalam pengajaran qawaid atau tatabahasa. Setelah diberikan contoh yang banyak dan murid membuat rumusan daripada apa yang boleh difaham berdasarkan contoh.

Rumusan

Kesimpulannya , dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran itu, langkah pemilihan kaedah, strategi, teknik dan pendekatan yang dipilih adalah penting dan menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai. Sebagai seorang guru yang mengajar bahasa asing , persediaan amat penting untuk berhadapan dengan pelajar terutamanya bagaimana untuk melatih mereka berfikir dan bekerjasama atau interaksi dalam bahasa tersebut.