CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Segala ilmu, kemahiran dan pengalaman adalah kurniaan Allah untuk dimanfaatkan kepada orang lain. Kata Nabi: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling bermanfaat untuk manusia”

Isnin, 20 Jun 2011

Feqah: Adab Bersuci

 

BERSUCI DARI NAJIS DAN ISTINJAK 
Bahagian Najis
Najis : Dari segi Istilah maksudnya ‘benda yang menegah sah ibadat kerananya’.
Dari segi Bahasa maksudnya ‘suatu benda yang kotor’.

Perkara yang dihukumkan najis antaranya:
1-Babi, anjing serta keturunannya dan apa sahaja yang dihubungkan dengannya.
2-Arak, susu, nanah, darah, muntah dari binatang yang haram dimakan dagingnya.
3-Bahagian badan haiwan yang tercerai dari badannya semasa haiwan itu hidup.
4-Bangkai haiwan kecuali belalang dan ikan.
5-Dan semua jenis kekotoran.

Bahagian-bahagian najis:

- Najis Mughallazah (Berat)

Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Cara menyucikan najis mughallazah:

  1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
  2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
  3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.

-Najis Mukhaffafah (Ringan)

Najis mukhaffafah ialah najis ringan. Najis mukhaffafah ialah air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibu. Cara menyucikan najis mukhaffafah:

  1. Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.
  2. Percikkan air di tempat yang terkena najis.
  3. Lap dengan kain bersih sehingga kering.

-Najis Mutawassitah (Pertengahan)

Najis mutawassitah ialah najis sederhana, iaitu segala sesuatu yang keluar dari dubur/qubul manusia atau binatang, cecair yang memabukkan, bangkai (kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang), serta susu, tulang dan bulu dari haiwan yang haram dimakan. Najis mutawassitah terbahagi dua iaitu: "Najis Ainiyah" yaitu najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat), misalnya kotoran manusia atau binatang; dan "Najis Hukmiyah" iaitu najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat), seperti air kencing yang kering. Cara menyucikan najis mutawassitah:

  1. Basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut.
  2. Basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.
bahagian Istinjak
Istinjak : iaitu membersihkan sesuatu yang keluar dari dua jalan dan mengotorkan tempat keluarnya.
Hukum istinjak ialah wajib pada kita.

cara beristinjak:
1.Basuh dengan air-cara ini lebih senang dan lebih baik digunakan.
2.Kesat dengan batu atau benda kesat yang suci-cara ini kurang baik kecuali
ketiadaan air untuk digunakan.
3.Dengan kedua-duanya sekali-cara ini adalah yang paling afdhal.

Syarat beristinjak dengan air sahaja:
-Air digunakan mesti suci lagi menyucikan.
-Hilangkan sifat-sifat najis sebelum menggunakan air itu. 

Syarat beristinjak dengan batu:
-Bukan yang bertulis nama Allah, ayat-ayat atau kalimah al-quran dan hadith nabi.
-Batu mesti bersih, kesat lagi suci dan boleh menghilangkan najis.
-Belum kering najis pada tempatnya.
-Tidak melebih najis dari tempat keluarnya.
-Mesti mengulanginya dengan 3 ketul batu berlainan.
-Batu atau benda padat yang digunakan mesti kering.
-Tidak basah najis dengan bercampur air.
-Benda padat yang munasabah seperti kertas, kayu, daun dan lain-lain.
-Tidak boleh guna benda seperti makanan contohnya roti dan pakaian.