1. Pengenalan Kepada Ilmu Tajwid
Pengertian Tajwid Menurut Bahasa: Memperelokkan sesuatu. Menurut istilah Ilmu Tajwid : Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf.Hukum
Mempelajari Ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah dan mengamalkannya iaitu membaca Al-Quran dengan bertajwid adalah Fardhu Ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf.
Allahnu atau kesalahan dalam membaca Al Quran terbahagi kepada dua iaitu :
1. Allahnul jaliyyu, adalah kesalahan yg terjadi ketika membaca lafazh-lafazh dalam Al Quran, baik yg dapat merubah arti ataupun tidak, sehingga menyalahi 'urf qurro (seperti 'ain dibaca hamzah, atau merubah harokat fathah menjadi dhommah, dll). Melakukan kesalahan ini dengan sengaja hukumnya haram.
2. Allahnul khofiyyu, adalah kesalahan yg terjadi ketika membaca lafazh-lafazh dalam Al Quran yg menyalahi 'urf qurro, namun tidak sampai merubah arti. Seperti tidak membaca ghunnah, kurang panjang dalam membaca mad wajib muttashil, dll. Melakukan kesalahan ini dengan sengaja hukumnya makruh.
Rujukan :("Pedoman Dauroh Al Quran", Abdul Aziz Abdur Rauf, Al Hafizh,Lc.)
~Divisi BBQ Bidang Da'wah Fahima~
0 ulasan:
Catat Ulasan