BERSUCI DARI NAJIS DAN ISTINJAK
Bahagian Najis
Najis : Dari segi Istilah maksudnya ‘benda yang menegah sah ibadat kerananya’.
Dari segi Bahasa maksudnya ‘suatu benda yang kotor’.
Perkara yang dihukumkan najis antaranya:
1-Babi, anjing serta keturunannya dan apa sahaja yang dihubungkan dengannya.
2-Arak, susu, nanah, darah, muntah dari binatang yang haram dimakan dagingnya.
3-Bahagian badan haiwan yang tercerai dari badannya semasa haiwan itu hidup.
4-Bangkai haiwan kecuali belalang dan ikan.
5-Dan semua jenis kekotoran.
Bahagian-bahagian najis:
- Najis Mughallazah (Berat)
Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Cara menyucikan najis mughallazah:- Bersihkan bahagian yang terkena najis.
- Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
- Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.
-Najis Mukhaffafah (Ringan)
Najis mukhaffafah ialah najis ringan. Najis mukhaffafah ialah air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibu. Cara menyucikan najis mukhaffafah:- Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.
- Percikkan air di tempat yang terkena najis.
- Lap dengan kain bersih sehingga kering.
-Najis Mutawassitah (Pertengahan)
Najis mutawassitah ialah najis sederhana, iaitu segala sesuatu yang keluar dari dubur/qubul manusia atau binatang, cecair yang memabukkan, bangkai (kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang), serta susu, tulang dan bulu dari haiwan yang haram dimakan. Najis mutawassitah terbahagi dua iaitu: "Najis Ainiyah" yaitu najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat), misalnya kotoran manusia atau binatang; dan "Najis Hukmiyah" iaitu najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat), seperti air kencing yang kering. Cara menyucikan najis mutawassitah:- Basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut.
- Basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.
bahagian Istinjak
Istinjak : iaitu membersihkan sesuatu yang keluar dari dua jalan dan mengotorkan tempat keluarnya.
Hukum istinjak ialah wajib pada kita.
cara beristinjak:
1.Basuh dengan air-cara ini lebih senang dan lebih baik digunakan.
2.Kesat dengan batu atau benda kesat yang suci-cara ini kurang baik kecuali
ketiadaan air untuk digunakan.
3.Dengan kedua-duanya sekali-cara ini adalah yang paling afdhal.
Syarat beristinjak dengan air sahaja:
-Air digunakan mesti suci lagi menyucikan.
-Hilangkan sifat-sifat najis sebelum menggunakan air itu.
-Hilangkan sifat-sifat najis sebelum menggunakan air itu.
Syarat beristinjak dengan batu:
-Bukan yang bertulis nama Allah, ayat-ayat atau kalimah al-quran dan hadith nabi.
-Batu mesti bersih, kesat lagi suci dan boleh menghilangkan najis.
-Belum kering najis pada tempatnya.
-Tidak melebih najis dari tempat keluarnya.
-Mesti mengulanginya dengan 3 ketul batu berlainan.
-Batu atau benda padat yang digunakan mesti kering.
-Tidak basah najis dengan bercampur air.
-Benda padat yang munasabah seperti kertas, kayu, daun dan lain-lain.
-Tidak boleh guna benda seperti makanan contohnya roti dan pakaian.
-Batu mesti bersih, kesat lagi suci dan boleh menghilangkan najis.
-Belum kering najis pada tempatnya.
-Tidak melebih najis dari tempat keluarnya.
-Mesti mengulanginya dengan 3 ketul batu berlainan.
-Batu atau benda padat yang digunakan mesti kering.
-Tidak basah najis dengan bercampur air.
-Benda padat yang munasabah seperti kertas, kayu, daun dan lain-lain.
-Tidak boleh guna benda seperti makanan contohnya roti dan pakaian.