CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Segala ilmu, kemahiran dan pengalaman adalah kurniaan Allah untuk dimanfaatkan kepada orang lain. Kata Nabi: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling bermanfaat untuk manusia”

Rabu, 8 Jun 2011

hukum hamzah (,")

Hamzah yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hamzah Wasal dan Hamzah Qat'ie.

Hamzah Qat'ie.


Hamzah ini tetap disebut pada permulaan bacaan, pada ketika bacaan sambung dan pada tulisan. Hamzah ini dinamakan dengan Hamzah Qat'ie ialah kerana ia memutuskan beberapa huruf dari huruf yang lain ketika membacanya. Hamzah Qat'ie terletak pada awal kalimah, pada pertengahan kalimah atau pada akhir kalimah. Ia juga terletak pada kata nama (isim), kata kerja (fe'el) dan sendi nama (harf). Hukumnya ialah ia perlu disebut ketika membacanya.
 
Hamzah Wasal.


Ia disebut pada permulaan bacaan dan digugurkan sebutannya ketika dibaca secara sambung dengan huruf sebelumnya. Ia dinamakan demikian kerana disambung dengan huruf yang bertanda Sukun pada awal perkataan. Tanda Hamzah Wasal ialah terdapat huruf Sad di atas huruf Alif.
Hukum Hamzah yang berbaris atas: Hamzah Wasal yang berbaris atas disebut ketika memulakan bacaan dengannya jika sekiranya ia berada di dalam kata sandang( ال )takrif yang sentiasa disandang pada kata nama am. Contohnya: الحمد لله رب العالمين - الرحمن
Hukum Hamzah yang berbaris bawah: Ia disebut ketika memulakan bacaan jika sekiranya ia berada di dalam kata kerja, huruf ketiganya berbaris atas atau berbaris bawah atau berada di dalam terbitan kata kerja yang telah lalu( الفعل الماضي ). Contohnya:( ارجع إليهم) (استكبارا في الأرض) (ادفع بالتي هي أحسن ).
Perhatian penting: Di dalam bacaan, Hamzah Wasal terdapat pada tujuh tempat iaitu:( امرؤ - ابنة - ابن اسم - اثنتين - امرأة - ). Manakala hukum mula bacaan Hamzah Wasal di dalam kalimah-kalimah ini ialah wajib dibaca dengan baris bawah.
Hukum Hamzah yang berbaris hadapan: Ia disebut ketika memulakan bacaan dengannya, jika huruf yang ketiga di dalam kata kerja suruhan berbaris hadapan.
Ketika bacaan sambung, Hamzah Wasal tidak disebut di dalam bacaan untuk mengukuhkan huruf Sukun ketika itu ke atas huruf selepasnya dan ia tidak memerlukan kepada Hamzah. Pada ketika ini Hamzah Wasal tidak disebut di dalam bacaan sambung. Ketika memulakan bacaan dengan Hamzah Wasal, barisnya mestilah disebut sama ada ia berbaris atas, berbaris bawah atau berbaris hadapan.
Jika Hamzah Wasal berada di dalam satu kalimah contohnya:
والله - وبالحق, ia tidak boleh disebut sama sekali kerana tidak sah menyebutnya secara berasingan dalam apa keadaan sekalipun. Apabila Hamzah Wasal yang berbaris bawah bertemu dengan Hamzah Istifham (persoalan), Hamzah Wasal perlu dibuang dan disebut Hamzah Istifham secara berbaris di atas. Keadaan ini terdapat pada tujuh tempat di dalam al-Quran iaitu:-
Pertama   : dari firman Allah  عهدا قل أتخذتم عند الله أتخذتم
Kedua       : dari firman Allah  أطلع الغيب أم أتخذتم عند الله عهدا أطلع            
Ketiga       : dari firman Allah  أفترى على الله آذبا أفترى  
Keempat  : dari firman Allah  أصطفى البنات على البنين أصطفى  
Kelima      : dari firman Allah  أتخذناهم سخريا أم زاغت عنهم الأبصار أتخذناهم
Keenam    :dari firman Allah  أستكبرت أم آنت من العالين أستكبرت   
Ketujuh    :dari firman Allah  سواء عليهم أستغفرت أم لم تستغفر لهم أستغفرت  


Hamzah Wasal yang berbaris di bawah juga apabila bertemu dengan Hamzah Istifham (persoalan), Hamzah Wasal mestilah dibuang dan Hamzah Istifham mesti disebut secara berbaris di atas.              

0 ulasan:

Catat Ulasan