CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Segala ilmu, kemahiran dan pengalaman adalah kurniaan Allah untuk dimanfaatkan kepada orang lain. Kata Nabi: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling bermanfaat untuk manusia”

Rabu, 1 Jun 2011

kaedah Pengajaran Dalam Bahasa Arab

  • Kaedah Tematik. (Tariqah Al Maudu’iyah)
Kaedah tematik bermaksud proses sesuatu pengajaran itu adalah berasaskan satu idea besar sebagai tema sebelum dikembangkan kepada beberapa langkah kecil.Contohnya, dalam minggu pembelajaran tersebut, tema utama yang dipilih ialah berkaitan keluarga. Dalam satu slot pengajaran , ia boleh dipelbagaikan seperti nama anggota keluarga, aktiviti keluarga, perbualan bersama keluarga dan sebagainya.Bagi satu tajuk seperti keluarga ini, semua cabang pembelajaran Bahasa Arab boleh dipraktikkan melaluinya samada dari segi nahu (tatabahasa), maqal (penulisan) atau muthola’ah. Di samping itu ia juga boleh dikaitkan dengan kaedah-kaedah lain seperti perbualan dalam situasi keluarga atau rakan sebaya di sekolah.
  • Kaedah Mengeja (Tariqah Al Imla’iyah)
Kaedah ejaan atau imla’i ini berdasarkan catatan sejarah adalah bentuk penyebaran ilmu yang paling penting.kaeddah ini berlaku sesudah kertas dan tulisan dihasilkan.Ia merupakan kaedah kedua selepas kaedah hafalan yang dia amalkan dalam perkembangan ilmu dalam sejarah umat Islam.Berdasarkan kaedah ini, murid akan menulis setiap kalimah dan ayat yang diungkapkan oleh guru mereka. Dalam sejarah Islam, kaedah ini berkait rapat dengan ijtihad para ulama. Para ulama meyampaikan pandangan dan ijtihad mereka dan disalin oleh murid-masing-masing. Proses ini agak merosot menjelang abad ke-4 hijrah disebabkan merosotnya gerakan ijtihad para ulama. Tempoh itu seiap mazhab hanya bersandar kepada bahan bacaan dan rujukan mazhab masing-masing atau melakukan ilhaq berdasakan kefahaman dan pandangan mazhab mereka.
Menjelang abad ke 9 hijrah Imam Ibnu Hajar kembali mengembangkan kaedah ini dengan mengadakan muhadarat atau kuliah beliau dalam hampir 1000 majlis dan seterusnya diikuti oleh Imam As Suyuthi dan Syeikh Murtadha al Zubaidy
  • Kaedah soal jawab (Tariqah Al Munazharah)
Kaedah soal jawab ini amat sesuai dan praktikal dalam konteks pembelajaran bahasa. Ini kerana dalan kaedah ini proses pembelajaran berlangsung dengan semua pihak memainkan peranan termasuk guru dan murid, Bermula dengan penyediaan teks perbualan yang mudah seperti ucapan aluan, terima kasih, bertanya nama atau bertanya khabar. Frasa-frasa ringkas ini mudah untuk diingat dan sesuai untuk dipraktikkan di luar bilik darjah sebagai pengayaan. Walau bagaimanapun , setiap murid perlu memahami maksud setiap frasa bagi menyesuaikan dengan konteks perbualan dan kesesuaian penggunaannya.
  • Kaedah Latih Tubi (Tariqah al Mulazamah)
Kaedah latih tubi ini juga adalah bersesuaian dengan bentuk pembelajaran bahasa kerana kemahiran berbahasa perlu kepada proses mengulangi apa yang diperlajari, disebut atau ditulis.Di dalam Islam, kaedah ini antara bentuk pengajaran yang awal di mana Malaikat Jibril menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad dengan mengulangi kalimah Iqra beberapa kali sehinggalah Nabi Muhammad dapat menyebutnya.


Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam pengajaran berbentuk latih tubi ini. Ia amat baik terutamanya bagu tujuan meningkatkan kemahiran lisan dan kemahiran membaca . Kaedah pembelajaran al Quran secara tradisional lazimnya menggunakan kaedah ini sejak zaman berzaman dan ia amat berkesan untuk jangka masa yang panjang di samping mengukuhkan penguiasaan tajwid dan dalam kontek bahasa Arab ia penting dalam menjelaskan aspek nahu secara terperinci mengikut tahap pembelajaran.
  • Kaedah Perbandingan (al Qiyasiyah)
Kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan prinsip asas dan umum sebelum di huaraikan dengan contoh-contoh serta perincian yang mendalam. Kaedah ini adalah kaedah lazim yang diguna pakai dalam sistem pembelajaran moden. Sebagai contoh kaedah ini boleh diterapkan dalam pengajaran kaedah tatabahasa. Guru akan menjelaskan tajuk pelajaran dan kaedah seperti hukum Jamak Taksir. Sesudah memberi penjelasan berkenaan sifat jamak taksir dan bagaimana mengenalnya berdasarkan beberapa contoh, maka guru akan memberikan contoh tambahan untuk memudahkan murid dalam menghadapi latihan susulan.
  • Kaedah Induktif
Kaedah adalah berlawanan dengan kaedah perbandingan. Melalui kaedah ini , para pelajar didedahkan dengan pelbagai contoh dan situasi serta penghuraian sebelum pergi menuju konklusi dan kesimpulan atau merujuk sesuatu hukum. Kaedah ini dapat mengalakkan murid untuk membuat kesimpulan dan rumusan sendiri sebelum dibandingkan dengan kesimpulan umum yang ditetapkan oleh guru. Kaedah ini banyak membantu murid untuk berfikir, merenung, menganalisa, dan berlatih membina kesimpulan dan prinsip. Contohnya dalam konteks pembelajaran bahasa Arab, kaedah ini turut sesuai dipraktikkan dalam pengajaran qawaid atau tatabahasa. Setelah diberikan contoh yang banyak dan murid membuat rumusan daripada apa yang boleh difaham berdasarkan contoh.
Rumusan

Kesimpulannya , dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran itu, langkah pemilihan kaedah, strategi, teknik dan pendekatan yang dipilih adalah penting dan menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai. Sebagai seorang guru yang mengajar bahasa asing , persediaan amat penting untuk berhadapan dengan pelajar terutamanya bagaimana untuk melatih mereka berfikir dan bekerjasama atau interaksi dalam bahasa tersebut.

2 ulasan:

sumiyati

Bagus....klu boleh masukkan gambar kat bhgian menyacikan najis,supaya lebih jelas k.

Siti Khadijah @Dayah

baik bos...pasni sy masukkn...insyaallah...lau ad kekurgn lg sila bgtau n komen di blog sy...trm ksh di atas komen yg mambina...

Catat Ulasan